Tuesday, 13 May 2014

Artikel Surat Akhbar : ARKIB : 12/11/2013 Sambal Belimbing Hitam kini Sambal Pahang

Tunk

       

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengisytiharkan sambal belimbing hitam yang merupakan makanan tradisional negeri ini sebagai Sambal Pahang sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2013 .

Baginda bertitah, sambal tersebut merupakan makanan pembuka selera yang cukup terkenal di Pahang barat dan mudah ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub.


"Saya cukup berbangga dapat mengetengahkan makanan orang lama-lama seperti sambal hitam.

"Saya juga berterima kasih kepada kerajaan negeri, muzium dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang banyak membantu sehingga terhasilnya buku masakan saya sendiri justeru, saya mengisytiharkan sambal belimbing hitam sebagai sambal Pahang," titah baginda dalam majlis tersebut.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Tunku Azizah bertitah, baginda mengambil masa lama untuk mengkaji setiap jenis masakan termasuk meninjau di seluruh negeri ini.

"Saya kini dalam proses menghasilkan buku masakan pelbagai jenis manisan tradisi Pahang," titah baginda.

Dalam pada itu, sambal tersebut dipilih untuk dikomersialkan kerana makanan tradisi berkenaan semakin mendapat perhatian masyarakat.

"Saya berharap dengan pengisytiharan tersebut dapat memberi nilai tambah terhadap makanan itu termasuk buah belimbing yang dipandang sepi selama ini," jelasnya.


No comments:

Post a Comment